Pendatang Yahudi rampas tanah dan sumber air di Madama

NABLUS, 27 Ogos 2017 — Pendatang Yahudi berusaha keras untuk merampas tanah dan sumber air penduduk Palestin di bandar Madama di seletan wilayah Nablus, untuk meluaskan kawasan penempatan haram Yitzhar di situ.

Gerombolan pendatang Yahudi turut memindahkan saliran air ke sebuah kolam berdekatan serta menjadikan kebun tanaman badam dan ara di situ sebagai zon pelancongan.

Mereka menggesa pendatang Yahudi membanjiri kawasan tersebut sebagai langkah menguatkan kedudukan mereka.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts