AL-KHALIL, 24 Ogos 2017 — Segerombolan pendatang Yahudi yang diiringi oleh pasukan tentera Zionis meratakan tanah milik penduduk Palestin di Khirbet Umm al-Kheir, tenggara bandara Yatta di wilaya al-Khalil, untuk meluaskan kawasan pos penempatan haram Karmil.
Pos penempatan haram Karmil dibina di atas tanah milik keluarga al-Hathalin, Zein dan Abu Hmeid
Dalam kejadian yang sama, pendatang Yahudi menyerang dan mencederakan seorang warga emas Suleiman Eid al-Hathalin, 75, sebelum ditahan selama beberapa jam oleh tentera Zionis.
(Maan)