Pendatang Yahudi ratakan tanah penduduk Palestin di Salfit

SALFIT, 5 Jan 2017 (PIC) — Pendatang Yahudi pagi tadi membawa masuk buldozer dan meratakan tanah pertanian di al-Muhalila di barat bandar Kafr al-Dik dan kawasan Bab al-Burj di timur bandar Deir Ballout yang terletak di barat wilayah Salfit, Tebing Barat, sekaligus memusnahkan padang rumput dan tanaman termasuk pohon zaitun.

Tindakan tersebut dilihat sebagai langkah untuk meluaskan pos penempatan haram di situ.

Sebanyak 25 pos penempatan haram dari kota Nablus sehingga ke Kufr Qasem di wilayah Palestin 1948 sedang diluaskan.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts