Pendatang Yahudi sekat laluan utama Tebing Barat, serang pemandu Palestin

NABLUS, 12 Ogos 2020 — Segerombolan pendatang Yahudi hari ini menyekat laluan berdekatan perkampungan Burin di utara Tebing Barat dan menyerang pemandu-pemandu Palestin.

Dengan dilindungi oleh pasukan tentera Zionis, pendatang dari penempatan haram Yitzhar itu membaling batu ke arah kenderaan penduduk Palestin yang melalui jalan utama menghubungkan kota Nablus dan Qalqilya itu.

Kenderaan yang dipandu oleh Mohammad al-Tammuni, yang berasal dari perkampungan Awarta, rosak dalam serangan tersebut.

(Palestine Chronicle)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts