RAMALLAH, 30 Apr 2017 (Maan) — Segerombolan pendatang Yahudi yang dilindungi oleh pasukan polis dan tentera Zionis menyekat laluan di lebuhraya utama yang menghubungkan kota Ramallah dan Nablus tengahari tadi.
Puluhan orang pendatang menyekat laluan tersebut berdekatan jalan masuk ke perkampungan Sinjil di Ramallah.
Jumaat lalu, beberapa buah kenderaan penduduk Palestin rosak dibaling dengan batu oleh pendatang Yahudi berdekatan Sinjil. Pasukan tentera kemudian menyerang masuk kawasan perkampungan tersebut dan menculik beberapa orang remaja di samping merampas beberapa buah kenderaan.