Pendatang Yahudi Serang Anak Kecil Palestin

AL-KHALIL, 5 Apr 2015 (PNN) — Pendatang Yahudi Sabtu lalu mengenakan semburan lada ke atas seorang kanak-kanak Palestin yang berasal dari Al-Khalil, Qamar Qafisha, 11 tahun, di Shuhada Street.

Sekumpulan pendatang Yahudi dari penempatan haram Bet Hadasa dan Ramat Yishai dilaporkan bertindak melepaskan semburan lada beracun ke arah muka kanak-kanak perempuan tersebut ketika beliau sedang berdiri di hadapan rumahnya.

Qamar mengalami sesak nafas yang teruk dan dirawat di tempat kejadian oleh jiran-jiran.

Keganasan pendatang Yahudi ke atas kanak-kanak Palestin merupakan kejadian yang berleluasa, daripada kes langgar lari, cubaan menculik serta penderaan. Musim panas lalu, remaja 17 tahun Muhammad Abu Khdeir telah diculik dan dibakar hidup-hidup oleh pendatang Yahudi.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts