Pendatang Yahudi serang keluarga Abu Rajab

AL-KHALIL, 28 Ogos 2017 — Puluhan pendatang Yahudi lewat malam tadi menyerang keluarga Abu Rajab di rumah mereka berdekatan Masjid Ibrahimi, yang telah diserang masuk dan diduduki tiga minggu lalu.

Ali Abu Rajab, 55, dan isterinya dipukul sehingga cedera, kemudian dibiarkan terlantar berdarah di atas tanah.

Mahkamah Zionis petang semalam memutuskan supaya kumpulan pendatang Yahudi terbabit meninggalkan bangunan rumah Abu Rajab yang mereka duduki itu dalam tempoh seminggu, sebelum tentera bertindak memaksa mereka keluar.

Pendatang Yahudi mendakwa bangunan tersebut sebagai milik mereka, namun keluarga Abu Rajab membantah serta memfail satu petisyen di sebuah mahkamah Zionis.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts