Pendatang Yahudi serang keluarga Palestin, cuba rampas rumah

AL-KHALIL, 21 April 2018 — Segerombolan pendatang Yahudi menyerang sebuah keluarga Palestin dalam cubaan mereka merampas dua buah rumah di Kota Lama al-Khalil semalam.

Dalam serangan tersebut, para pendatang mendesak supaya keluarga Jaber dan Kfeisheh meninggalkan rumah mereka untuk diambil alih.

Gerombolan pendatang yang sama sebelum ini merampas sebuah rumah milik keluarga Zaatari berdekatan Masjid Ibrahimi di Kota Lama al-Khalil.

Sekitar 6,500 penduduk Palestin tinggal di kawasan Kota Lama, dan mereka sering diganggu oleh 800 pendatang Yahudi yang rata-rata merupakan puak pelampau. Lebih 1,000 anggota tentera Zionis ditugaskan memebri perlindungan kepada pendatang Yahudi.

Penduduk Palestin di Kota Lama dikekang ketat oleh tentera Zionis, di mana mereka terpaksa melalui sekurang-kurangnya 32 sekatan kekal dan beberapa lagi sekatan sementara untuk bergerak di jalan-jalan sekitar kota itu.

Penduduk Palestin juga tidak dibenarkan memandu kenderaan di Jalan Shuhada, bahkan tidak dibenarkan berjalan kaki di beberapa laluan. Kedai dan rumah penduduk Palestin di Jalan Shuhada juga disita oleh tentera Zionis. Manakala pendatang Yahudi bebas bergerak di mana sahaja dengan membawa senjata api.

(Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts