Pendatang Yahudi serang penduduk Palestin di al-Khalil

AL-KHALIL, 14 Jan 2018 — Beberapa gerombolan pendatang Yahudi dari kawasan penempatan haram Kiryat Arba melakukan ritual Talmud di Masjid Ibrahimi sebelum menyerang beberapa kejiranan penduduk Palestin di Kota Lama al-Khalil malam tadi.

Dengan dilindungi oleh pasukan tentera Zionis, mereka menyerang penduduk dan membaling batu ke arah rumah sehingga memecahkan tingkap-tingkap.

Di kejiranan al-Ja’abari, beberapa penduduk naik ke bumbung rumah mereka dan bertahan dengan membaling batu dan botol ke arah pendatang Yahudi, sehingga mereka terpaksa berundur lari.

(PIC)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts