AL-KHALIL, 5 Ogos 2017 — Segerombolan pendatang Yahudi menyerang rumah-rumah penduduk Palestin di desa Umm al-Khair di timur kota Yatta awal pagi tadi.
Pendatang dari kawasan penempatan haram Karmel mula menyerang rumah-rumah penduduk selepas tengah malam tadi dengan membaling batu dan cuba memecah masuk, sehinggalah menjelang awal pagi.
Penduduk bertindakbalas dan bertempur dengan mereka, di mana dua penduduk cedera. Tentera Zionis bagaimanapun dikerahkan untuk melindungi pendatang Yahudi.
Beberapa kali serangan telah berlaku sejak Rabu minggu lalu.
(Khamakar)