Pendatang Yahudi serang penduduk Palestin di Nablus

NABLUS, 3 Julai 2016 (IMEMC) — Beberapa gerombolan pendatang Yahudi menyerang penduduk awam Palestin dan kenderaan mereka di wilayah Nablus awal pagi tadi.

Puluhan pendatang menyerang penduduk Palestin di sekatan tentera di Hawara dan persimpangan Yitzhar, tidak jauh dari penempatan haram Kadumim di barat daya Nablus.

Salah seorang mangsa, Yakoub Sawalheh yang berasal dari bandar Azmout di timur Nablus, cedera dan luka setelah dipukul dengan ganas oleh kumpulan pendatang Yahudi berdekatan Hawara, dengan hanya diperhatikan oleh tentera Zionis.

Tentera penjajah menutup sekatan Beit Fourik di timur Nablus selama beberapa jam apabila pendatang Yahudi mara ke kawasan tersebut dan merosakkan harta penduduk Palestin.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts