NABLUS, 3 Julai 2016 (IMEMC) — Beberapa penduduk Palesitin cedera apabila kenderaan yang mereka naiki di sekitar selatan dan utara Nablus dibaling dengan batu oleh pendatang Yahudi dari beberapa penempatan haram di daerah utara Tebing Barat malam tadi.
Salah seorang penduduk Palestin terpaksa dikejarkan ke Hospital Rafidia di Nablus apabila cedera setelah cermin depan keretanya pecah dibaling batu.
Serangan juga dilaporkan berlaku di barat Nablus, di mana ramai penduduk mendapatkan rawatan di hospital.