NABLUS, 6 Mac 2016 (Maan) — Seorang pemuda Palestin cedera ditembak dalam satu pertempuran yang tercetus malam tadi apabila segerombolan pendatang Yahudi cuba menyerang perkampungan Duma di Nablus.
Puluhan pendatang Yahudi tiba dengan menaiki kenderaan di jalan masuk perkampungan tersebut, membuatkan lebih 100 orang penduduk berkumpul untuk menghalang mereka memasuki kawasan perkampungan.
Tentera Zionis tiba ditempat kejadian sejurus selepas itu, dengan melepaskan tembakan peluru getah dan gas pemedih mata ke arah penduduk yang membaing batu.
Muhammad Hassan, 22 tahun, ditembak dengan peluru bersalut getah di bahagian kepalanya dan kemudian dikejarkan ke Hospital Rafidiya. Puluhan yang lain dilaporkan mengalami sesak nafas diserang dengan gas pemedih mata.
Kumpulan pendatang Yahudi tersebut cuba menyerang masuk Duma sebagai tindakan membalas dendam terhadap beberapa orang rakan mereka yang ditangkap atas tuduhan membunuh keluarga Dawabsha pada bulan Julai 2015 lalu, di mana rumah keluarga Dawabsha dibakar ketika mereka sedang tidur. Tiga daripada empat sekeluarga tersebut, termasuk ibu dan ayah, telah terkorban.
Pada 20 Mac lalu pendatang Yahudi turut membakar rumah milik saksi tunggal kejadian pembunuhan keluarga Dawabsha.