Pendatang Yahudi Serang Petani Palestin Di Nablus

NABLUS, 24 Nov 2015 (Maan) — Lebih 30 pendatang Yahudi menyerang penduduk Palestin yang sedang mengutip hasil buah zaitun di perkampungan Burin di selatan Nablus pagi tadi.

Pendatang dari kawasan penempatan haram Yitzhar itu menyerang Muhammad Raja Zain dan keluarganya dan kemudian membakar kebun zaitun di kawasan al-Mayadeen di kampung tersebut.

Tindakan pendatang Yahudi itu sekalius mencabul persetujuan mereka untuk membenarkan petani Palestin mengutip hasil zaitun di kebun mereka pada waktu yang ditetapkan.

Perkampungan Burin yang terletak di antara penempatan haram Yitzhar dan beberapa buah penempatan Yahudi yang lain sering menjadi sasaran serangan pendatang Yahudi dan terhalang daripada mengerjakan kebun mereka sendiri.

Bulan lalu, empat petani Palestin tercedera apabila dibaling batu oleh pendatang dari Titzhar ketika memetik buah zaitun. Kebun mereka juga dibakar oleh kumpulan pengganas Yahudi itu.

Majoriti penduduk Palestin bergantung kepada hasil zaitun untuk menyara keluarga mereka.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts