Pendatang Yahudi serang petani Palestin ketika menuai zaitun

NABLUS, 26 Okt 2017 — Pendatang Yahudi dari kawasan penempatan haram Itamar menyerang keluarga petani Palestin yang menuai zaitun di Ras Hazem, di perkampungan Deir al-Hatab, dalam daerah Nablus sehingga mencederakan tiga ahli keluarga termasuk seorang wanita.

Keluarga terbabit diserang dengan batu dan alat tajam, sementara tentera Zionis yang berada di tempat kejadian hanya memerhati.

Mangsa yang cedera dikenali sebagai Jibril Abd al-Latif Zamel, Riyad Zamel dan Ruwaida Zamel.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts