Pendatang Yahudi serang petani Palestin, tebang pokok zaitun

NABLUS, 13 Mac 2017 — Gerombolan pendatang Yahudi dari kawasan penempatan haram Yitzhar menyerang petani Palestin Mohammad Najjar ketika beliau sedang membajak tanah kebunnya di perkampungan Burin di selatan Nablus.

Mohammad dilaporkan cedera dan luka-luka, dan traktor beliau rosak dibaling dengan batu.

Sementara itu pendatang Yahudi dari pos penempatan haram Elon Moreh menebang 12 pokok zaitun milik petani Ahmad Jaber di barat kawasan Kerem, berdekatan penempatan haram Elon. Mereka turut menebang pokok-pokok zaitun di bandar Deir al-Hatab di utara Nablus.

(PIC, IMEMC)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts