Pendatang Yahudi serang rumah penduduk Palestin dengan batu

AL-KHALIL, 24 Okt 2017 — Pertempuran tercetus di perkampungan Umm al-Kheir apabila segerombolan pendatang Yahudi dari kawasan penempatan haram Karmel membaling batu ke arah rumah-rumah penduduk Palestin tengahari semalam.

Tentera Zionis berkejar ke tempat kejadian dan melepaskan tembakan gas pemedih mata serta grenad pelali untuk menyurai penduduk Palestin.

Penduduk Palestin boleh dipenjara sehingga 20 tahun sekiranya dibuktikan membaling batu untuk mencederakan Yahudi. Sekiranya tiada bukti, mereka masih boleh dipenjara sehingga 10 tahun.

Sedangkan ratusan ribu penduduk Yahudi yang tinggal di kawasan penempatan haram di Tebing Barat dibenarkan membawa senjata api, dan mereka lazimnya tidak didakwa sekiranya menyerang dengan membaling batu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts