Pendatang Yahudi serang rumah penduduk Palestin di al-Khalil

AL-KHALIL, 6 Ogos 2017 — Tentera Zionis mengiringi segerombolan pendatang Yahudi menyerang kawasan kejiranan dan rumah penduduk Palestin di beberapa lokasi di Kota Lama al-Khall pagi tadi.

Pendatang Yahudi mengadakan perarakan anti-Arab dari kawasan penempatan haram Kiryat Arba menuju ke Kota Lama sekitar jam 1:40 pagi, dipimpin oleh seorang pengganas bernama Ofer yang sebelum ini telah melakukan beberapa kes jenayah ke atas penduduk Palestin di al-Khalil.

Mereka memasuki kawasan kejiranan Jaber, kemudian ke Wadi al-Hasseen dan ke al-Mahawel, sebelum berarak di jalanan sambil melaung slogan menghina kaum Arab.

Tentera Zionis turut mengiringi pendatang Yahudi membaling batu dan botol ke arah rumah penduduk, serta cuba membakar beberapa buah rumah dan kedai.

Seorang penduduk dari keluarga al-Jabari cedera ringan apabila rumahnya dibaling dengan batu.

Kemudiannya, kumpulan pemuda Palestin bertindak mempertahan keluarga mereka dengan membaling batu dan bom Molotov ke arah pendatang Yahudi, serta menutup laluan ke kawasan kejiranan Palestin berdekatan Kiryat Arba.

Tentera Zionis dan pendatang Yahudi berundur setelah kumpulan pemuda dan masjid-masjid melaungkan takbir Allahu Akbar.

Insiden tersebut merupakan kejadian kedua dalam masa 24 jam, terutamanya di kawasan kejiranan Jaber.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts