Pendatang Yahudi serang rumah penduduk Palestin di al-Khalil

AL-KHALIL, 27 Mac 2018 — Segerombolan pendatang Yahudi yang diiringi oleh pasukan polis Zionis malam tadi menyerang ganas tiga buah rumah penduduk Palestin di Kota Lama al-Khalil, tidak jauh dari kawasan Masjid Ibrahimi.

Mereka memecah masuk rumah milik keluarga al-Zaatari di kawasan Sahlah, berdekatan Masjid Ibrahimi, selepas waktu solat Isyak dengan membawa tilam, tuala dan kelangkapan lain. Keluarga terbabit sedang berada dalam rumah ketika kejadian.

Mereka juga menyerbu rumah milik keluarga Abu Rajab al-Tamimi berdekatan kawasan Abu al-Rish, setelah mengetahui penghuninya telah diarah keluar oleh Mahkamah Agung Zionis.

Gerombolan lain pendatang Yahudi memecah masuk rumah keluarga al-Tamimi Qaswari.

Para penduduk dihalang daripada membantu dan mendekati bangunan terbabit. Serangan tersebut merupakan sebahagian daripada rancangan sistematik mereka untuk merampas baki rumah-rumah penduduk Palestin di Kota Lama.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts