NABLUS, 3 Jan 2016 (Maan) — Pendatang Yahudi menyerang sebuah rumah penduduk Palestin di perkampungan Beit Furik berdekatan Nablus.
Kumpulan pendatang yang disyaki datang dari kawasan penempatan haram Itamar itu membaling batu ke arah rumah Nhad Hanani, dan kemudian meninggalkan sebutir bom Molotov beserta sepucuk surat sebelum melarikan diri apabila dikejar oleh penduduk.
Beit Furik terletak berdekatan beberapa buah kawasan penempatan haram Yahudi yang terkenal sebagai tempat tinggal bagi pelampau Yahudi yang sering melakukan serangan ke atas penduduk Palestin, kononnya sebagai membalas dendam.
Penduduk Palestin di sini sering mengadakan kawalan pada waktu malam kerana pasukan keselamatan Pihak Berkuasa Palestin (PA) tidak mempunyai kuasa ke atas pendatang Yahudi, manakala pasukan keselamatan Zionis lazimnya membiarkan sahaja serangan pendatang Yahudi ke atas penduduk Palestin.