Pendatang Yahudi serang rumah-rumah penduduk Palestin di al-Khalil

AL-KHALIL, 26 Nov 2016 (PIC) — Gerombolan pendatang Yahudi yang menyambut pesta perayaan api petang semalam menyerang sejumlah rumah penduduk Palestin di kawasan perkampungan Wadi Hushain, Lorong Jabir dan Wadi Nashara di timur kota al-Khalil, yang terletak tidak jauh dari kawasan penempatan haram Keryat Arba.

Mereka turut menyerang kedai dang merosakkan barangan jualan.

Dua pemuda Palestin cedera dan dikejarkan ke hospital berikutan serangan tersebut.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts