Pendatang Yahudi serbu bandar Awarta untuk lakukan ritual

NABLUS, 21 Jan 2018 — Hampir 500 pendatang Yahudi menaiki 13 buah bas dan menyerbu bandar Awarta di timur kota Nablus awal pagi tadi, untuk melalukan ritual Talmud di salah satu tapak-tapak bersejarah di situ.

Pasukan tentera Zionis mengeringi mereka memasuki bandar tersebut, kemudian menutup laluan-laluan sekaligus menghalang pergerakan keluar-masuk penduduk Palestin.

Puluhan pendatang Yahudi dikerah ke kawasan kejiranan al-Hara al-Tahta, di mana sebahagian daripada mereka membina pos keselamatan di atas bumbung-bumbung rumah penduduk Palestin sambil tentera mengawal keadaan menggunakan pesawat-pesawat dron.

Mereka bertindak ganas ke atas rumah-rumah penduduk ketika berarak menuju ke tapak bersejarah terbabit, sambil menyanyi dan menjerit.

(PIC)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts