Pendatang Yahudi serbu bandar Burin, bertempur dengan penduduk

NABLUS, 21 Mei 2017 (PIC) — Pertempuran tercetus di bandar Burin, selatan Nablus, apabila segeromblan pendatang Yahudi yang dilindungi oleh pasukan tentera menyerbu kawasan timur bandar tersebut dan membaling batu ke arah pemuda Palestin di kawasan al-Daqaqa.

Manakala tentera melepaskan tembakan grenad dan gas pemedih mata, sehingga menyebabkan pemuda Palestin bertindak balas dengan membaling batu.

Segerombolan lagi pendatang Yahudi menyerbu kawasan timur bandar Burin dan menyerang seorang penduduk, Munir Qadus, serta merosakkan sebuah kereta milik aktivis hak asasi, Zakariya as-Sadda.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts