Pendatang Yahudi serbu kota Halhul untuk lakukan ritual

AL-KHALIL, 26 Julai 2018 — Puluhan pelampau Yahudi menyerbu kota Halhul di utara wilayah al-Khalil selepas tengah malam tadi, dengan dikawal ketat oleh pasukan tentera Zionis.

Mereka melakukan ritual di sebuah kuburan di Masjid Nabi Younis. Masjid tersebut merupakan mercu tanda tertua dan terbesar di kota Halhul.

Tentera Zionis dikerah bertebaran di kawasan kejiranan masjid. Mereka juga menggunakan pesawat dron untuk memantau lokasi dan membawa keluar para pelampau.

Penganut Yahudi percaya kuburan tersebut adalah tempat bersemadi Nabi Younis (Jonah). Mereka mendakwa kawasan tersebut adalah milik Yahudi dan cuba merampasnya untuk dijadikan sebagai sebuah kuil, sebagaimana yang telah mereka lakukan ke atas apa yang mereka dakwa sebagai Makam Yusuf di Nablus dan Masjid Bilal Ibn Rabah di kota Beit Lahm.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts