Pendatang Yahudi serbu Nablus, al-Khalil untuk lakukan ritual Talmud

AL-KHALIL, 4 Apr 2018 — Ratusan pendatang Yahudi menyerbu bandar Beita di timur Nablus dan tapak arkeologi Roman di bandar al-Samu’ di selatan al-Khalil untuk melalukan ritual Talmud tengahari tadi.

Gerombolan besar tentera Zionis dikerah untuk mengenakan perintah berkurung ke atas penduduk Palestin, untuk memberi laluan pendatang Yahudi ke lokasi-lokasi tersebut.

Pertempuran di antara penduduk Palestin dan pendatang Yahudi, yang dibantu oleh pasukan tentera Zionis, tercetus di bandar Beita.

Sementara itu, sekitar 30,000 pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid Ibrahimi di Kota Lama al-Khalil untuk merayakan hari Paskah Yahudi sejak beberapa hari lalu.

(PIC)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts