Pendatang Yahudi serbu perkampungan Palestin untuk lakukan ritual

NABLUS, 2 Sep 2018 — Segerombolan pendatang Yahudi menyerbu perkampungan Awarta di selatan kota Nablus untuk melakukan ritual Talmud awal pagi tadi.

Pasukan tentera Zionis mengiringi dan mengawal para pendatang berada di kawasan yang didakwa sebagai tapak suci Yahudi itu. Penduduk Palestin tidak dibenarkan keluar rumah sepanjang masa tersebut.

Awarta, yang terletak kurang lapan kilometer dari kota Nablus, mempunyai 14 tapak-tapak sejarah di 11 buah perkampungan. Kebanyakannya adalah tapak-tapak sejarah Islam.

(IMEMC)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts