Pendatang Yahudi Serta Polis Dan Tentera Zionis Bakar Kebun Zaitun

bakarQALQILYA, 4 Ogos 2015 (PNN) — Pendatang Yahudi membakar kebun pohon zaitun milik penduduk Palestin di pekan Azzoon di timur Qalilya di Tebing Barat.

Pasukan pertahanan awam bagaimanapun berjaya mengawal api daripada merebak, setelah puluhan pohon zaitun musnah terbakar.

Kejahatan pendatang Yahudi membakar kebun milik penduduk Palestin semakin meningkat, terutama sekali dengan sokongan tentera dan polis Zionis yang memusnahkan tanaman pertaninan atas alasan keselamatan.

Pagi Ahad lalu, sekumpulan pendatang Yahudi membakar puluhan pohon zaitun dan tanaman lain di perkampungan al-Mugheir di timur Ramallah, apabila mereka gagal dalam cubaan membakar sebuah rumah keluarga Palestin. Dalam kejadian tersebut, kumpulan pendatang telah berjaya dihalang oleh penduduk Palestin. Namun pasukan keselamatan Zionis muncul di tempat kejadian dan menyerang penduduk Palestin dengan tembakan gas pemedih mata dan peluru getah.

22 Julai lalu, tentera Zionis mencabut sebilangan pokok dan merosakkan tanah pertanian di perkampungan Beit Oula di Al-Khalil atas alasan keselamatan. Tanah dan tanaman pertanian tersebut dimiliki oleh Faried Atrash, yang enggan mematuhi perintah tentera ZIonis supaya mencabut sendiri tanamannya. Tentera Zionis kemudian bertindak merosakkan tanah tersebut, dengan memastikan ia tidak lagi dapat diusahakan untuk pertanian.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts