Pendatang Yahudi tembak petani Palestin di selatan al-Khalil

AL-KHALIL, 30 Okt 2017 — Pendatang Yahudi dari pos penempatan haram Havat Ma’on melepaskan tembakan ke arah petani Palestin yang sedang menuai zaitun kawasan al-Hamra berdekatan perkampungan at-Tawani di Masafer Yatta, selatan wilayah al-Khalil, pagi tadi.

Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan.

Dalam pada itu, pendatang Yahudi dari kawasan penempatan haram Karmel membaling batu ke arah rumah-rumah penduduk Palestin di Yatta sepanjang malam tadi. Serangan sepeti itu berterusan sejak beberapa minggu lalu.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts