Pendatang Yahudi terus ceroboh al-Aqsa di 10 hari terakhir Ramadan

BAITULMAQDIS, 5 Jun 2018 — Segerombolan 27 pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa dengan diiring ketat oleh pasukan polis Zionis melalui Pintu al-Maghareba pagi tadi.

Sementara ramai lagi pendatang Yahudi berhimpun di luar Pintu al-Maghreeba menunggu pasukan polis untuk menjamin keselamatan mereka, di mana lebih ramai anggota polis Zionis dikerah ke perkarangan tapak suci itu.

Pelampau Yahudi secara sengaja menghasut penduduk Islam dengan menceroboh masuk Masjid al-Aqsa setiap hari sepanjang bulan Ramadan, dengan mengambil kesempatan apabila bilangan ahli jemaah berkurangan di waktu pagi setelah berjaga sepanjang malam.

(PIC)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts