LEMBAH JORDAN, 24 Ogos 2016 (PIC) — Seorang pendatang Yahudi bersenjata menyelinap masuk ke dalam perkarangan Masjid Abu Ubaida Ibn al-Jarah di perkampungan Jiftlik di utara Lembah Jordan, dan membaling risalah yang mengugut untuk membunuh semua orang Islam di kawasan tersebut.
Tindakan tersebut menakutkan penduduk terhadap keselamatan anak-anak mereka, kerana fanatik Yahudi biasanya benar-benar melaksanakan ugutan ke atas penduduk Palestin.