Penderaan Tahanan Meningkat 200%

RAMALLAH, 28 Ogos 2015 (PIC) — Operasi mendera tahanan Palestin di penjara dan pusat tahanan Zionis meningkat sehingga 200% sejak pertengahan tahun 2014.

Ketua jawatankuasa tahanan dan bekas tahanan Palestin, Issa Qaraqe, memberitahu satu delegasi dari negara Poland dalam lawatan mereka ke Kementerian Tahanan Palestin di Ramallah bahawa operasi mendera tahanan Palestin dijalankan di bawah pengawasan dan arahan secara langsung oleh pentadbiran rejim Zionis dan juga Shin Bet.

Issa Qaraqe turut mendedahkan tentang keadaan 6,000 orang Palestin yang berada di penjara-penjara Zionis, termasuk 500 tahanan administratif yang ditahan tanpa sebarang dakwaan atau pengadilan dalam tempoh yang tidak ditetapkan.

Seramai 1,700 tahanan sedang menanggung sakit termasuk 85 orang dengan penyakit serius seperti kanser, hepatitis dan lumpuh. 25 orang wanita, 200 orang kanak-kanak, serta ratusan pemuda, pemimpin dan juga empatĀ orang ahli parlimen Palestin turut merengkuk di dalam penjara.

Tentera Zionis juga mendera kanak-kanak dalam tahanan dengan pelbagai cara termasuklah memukul, memaki, menyerang dan mengugut dengan penderaan seksual.

Issa Qaraqe menyaran supaya kerajaan Poland memberi tekanan kepada rejim Zionis bagi menghentikan serangan mereka ke atas tahanan Palestin dan mendakwa rejim atas jenayah harian mereka.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts