Penderma Amerika Sumbang Lebih US$220Juta Untuk Penempatan Haram Yahudi

LONDON, 7 Dis 2015 (MEMO) — Penderma Amerika secara besar-besaran membiayai penempatan haram Yahudi di Tebing Barat dengan menggunakan jaringan NGO yang dikecualikan daripada cukai, dengan menyalurkan lebih US$220juta dari tahun 2009 hingga 2013.

Mereka membiayai apa sahaja, daripada membeli penghawa dingin sehinggalah kepada menyara keluarga pengganas Yahudi yang dikenakan hukuman, menerusi sumbangan yang layak mendapat potongan cukai melalui lebih 50 NGO berpengkalan di Amerika.

Hampir 80% daripada sumbangan yang terkumpul, iaitu sekitar US$224 juta, dipindahkan ke Tebing Barat dalam bentuk geran, kebanyakannya melalui NGO Israel. Pada tahun 2013 sahaja, NGO atau pertubuhan Amerika terbabit berjaya mengumpul sebanyak US$73 juta dan memindahkan sebanyak US$54 daripadanya sebagai geran.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts