Penduduk al-Araqeb dikenakan denda harian kerana enggan berpindah

GURUN NAQAB, 27 Feb 2019 — Mahkamah Zionis di Beersheba mengenakan denda berjumlah dari 150 hingga 1,000 Shekel (RM 170 hingga RM1,120) setiap hari ke penduduk Badwi di perkampungan al-Araqeb yang enggan meninggalkan tanah mereka.

Kadar denda masing-masing bergantung kepada tempoh mereka kekal menetap di al-Araqeb. Denda akan terus dikenakan sehinggalah mereka keluar dari tanah mereka.

Rejim Zionis cuba menghalau mereka keluar sejak tahun 1988 untuk memberi laluan kepada pembinaan bandar khusus untuk pendatang Yahudi.

Pada 25 Disember lalu, pemimpin masyarakat Badwi Sheikh Thuri, 69, dikenakan hukuman penjara selama 10 bulan kerana mempertahankan tanahnya di al-Araqeb.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts