Penduduk al-Khan al-Ahmar dilarang keluar rumah, aktivis antarabangsa ditangkap

BAITULMAQDIS, 5 Julai 2018 — Tentera Zionis hari ini mengenakan larangan keluar rumah ke atas penduduk al-Khan al-Ahmar di pinggir kota Baitulmaqdis, sementara masyarakat dunia mengutuk tindakan rejim cuba merobohkan perkampungan masyarakat Badwi itu.

Sejumlah buldozer telah dibawa masuk dan bersedia di lokasi sejak jam 8:00 pagi, di mana tiga orang aktivis asing dari Kanada, England dan Amerika ditangkap ketika membuat bantahan bersama penduduk.

Sembilan perwakilan antarabangsa, antaranya dari konsulat Belgium, Denmark, Switzerland, Perancis, Sweeden, Itali, Finland dan Ireland yang berada di lokasi dilarang berganjak dari kawasan tersebut setelah tentera Zionis memasuki al-Khan al-Ahmar untuk menggali longkang di sekitarnya.

Wakil PBB ke Timur Tengah, Nickolay Miladinov, serta Kesatuan Eropah, England, Perancis, Ireland dan beberapa negara lain mengecam tindakan rejim Zionis cuba meluaskan penempatan haram Yahudi dengan merampas tanah penduduk Palestin, sehingga mengancam potensi perdamaian.

Al-Khan al-Ahmar didiami oleh 180 orang Badwi Palestin. Bulan Mei lalu, Mahkamah Tinggi Zionis mengarahkan perkampungan itu diroboh atas alasan dibina tanpa kebenaran.

Semalam 35 orang demonstran cedera, empat daripada mereka terpaksa dikejarkan ke hospital, dan 11 yang lain ditangkap oleh tentera Zionsi kerana membantah cubaan tentera meroboh perkampungan itu.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts