Penduduk Al-Quds Dan Tebing Barat Berarak Tuntut Zionis Serah Jenazah

AL-QUDS, 4 Dis 2015 (PIC) — Dua perakaan besar diadakan di Al-Quds selepas solat Jumaat bagi mendesak rejim Zionis menyerahkan jenazah penduduk Palestin yang dibunuh kepada keluarga mereka.

Di kem pelarian Qalandiya, penduduk berarak sambil melaungkan slogan supaya diserahkan lima jenazah penduduk yang telah ditembak mati oleh tentera Zionis di kem tersebut. Tentera bertindak balas dengan melepaskan tembakan ke arah peserta perarakan, sejurus mereka tiba di sekatan tentera Qalandiya. Tiada kecederaan dilaporkan.

Dalam kejadian lain, penduduk kem pelarian Shufat mengadakan perarakan bagi membantah tindakan rejim merobohkan rumah penduduk serta keengganan mereka menyerahkan jenazah mangsa yang ditembak.

Pertempuran tercetus di laluan masuk kem, di mana tentera Zionis melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah penduduk yang membaling batu dan bom Molotov.

Sementara itu di Tulkarem, ratusan penduduk berarak membantah keganasan tentera Zionis yang semakin ketara. Mereka juga membantah tindakan tentera menggeledah rumah Izz al-Din Faik Raddad awal pagi tadi. Izz al-Din ditembak mati semalam atas tuduhan cuba menikam seorang Yahudi.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts