Penduduk al-Quds dipaksa roboh rumah sendiri

AL-QUDS, 2 Julai 2017 (WAFA) — Sebuah keluarga Palestin dipaksa meroboh rumah mereka sendiri kejiranan Arab di bandar al-Issawiya, atas alasan dibina tanpa kebenaran pihak perbandaran Zionis.

Keluarga Mohammad Ali Nasser ‘Aasi bersetuju untuk meroboh rumahnya sendiri bagi mengelak dikenakan bayaran yang sangat tinggi sekiranya diroboh oleh pihak perbandaran. Rumah dua bilik itu dibina pada tahun 2008.

Dua keluarga lain turut menerima arahan yang sama.

Penduduk Palestin di kota al-Quds terpaksa membuat pembinaan tanpa kebenaran kerana pihak perbadaran Zionis tidak akan mengeluarkan kebenaran pembinaan bagi memastikan bilangan penduduk Palestin di kota suci itu kekal di tahap minima, sementara mereka berusaha untuk meningkatkan bilangan penduduk Yahudi dengan membina rumah-rumah baharu di kawasan penempatan haram.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts