Penduduk al-Quds solat Jumaat di atas runtuhan rumah mereka

AL-QUDS, 7 Okt 2016 (PIC) — Penduduk Palestin di perkampungan Qalandiya di utara al-Quds yang terjajah mendirikan solat Jumaat di dalam sebuah kemah yang didirikan di atas runtuhan rumah mereka yang telah diroboh oleh rejim Zionis.

Lebih 30 keluarga Palestin kehilangan tempat tinggal apabila pihak rejim memusnahkan apartmen mereka sehingga akhir bulan Julai lalu.

Penduduk terbabit merayu kepada semua pihak supaya membantu mereka membina semula rumah.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts