LEMBAH JORDAN, 1 Jun 2016 (PIC) — Latihan secara besar-besaran tentera Zionis di Wadi al-Maleh merupakan salah satu langkah untuk menghalau masyarakat Badwi dari tanah perkampungan asal mereka di situ.
Letupan bom ketika latihan menyebabkan kebakaran merebak merentasi kawasan hutan bergunung di utara Lembah Jordan, sehingga memaksa beberapa keluarga Badwi lari meninggalkan rumah mereka.
Terdapat tujuh komuniti Badwi di Wadi al-Maleh.
Puluhan keluarga telah kehilangan tempat tinggal apabila diperintah keluar sebelum bermulanya latihan tentera. Berikutan insiden kebakaran ini, sebahagian lagi kehilangan satu-satunya tanah tempat tinggal yang mereka miliki.