Penduduk di utara Lembah Jordan diarah kosongkan rumah untuk latihan tentera

LEMBAH JORDAN, 25 Mei 2016 (WAFA) — Tentera penjajah Zionis hari ini mengarahkan 12 keluarga Palestin di kawasan utara Lembah Jordan mengosongkan rumah mereka selama tiga hari, atas alasan untuk menjalankan latihan tentera di kawasan tersebut.

Latihan tentera akan bermula pada 30 Mei, menyebabkan keluarga terbabit kesuntukan masa untuk mencari sendiri tempat penginapan serta sumber makanan dan minuman, dalam keadaan cuaca panas yang sedang melanda Lembah Jordan.

Menurut kenyataan pertubuhan hak asasi B’Tselem, keluarga Palestin itu terpaksa membawa bersama mereka tilam, selimut dan makanan serta minuman untuk ahli keluarga dan juga haiwan ternakan. Penduduk juga bakal terdedah kepada bahaya bahan letupan yang ditinggalkan selepas latihan.

Kawasan Lembah Jordan dan Laut Mati membentuk sekitar 30% keluasan keseluruhan Tebing Barat dan merupakan kawasan tanah simpanan Palestin yang paling luas.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts