Penduduk Kafr ‘Aqab dan Qalandia diserang tentera Zionis

KOTA BAITULMAQDIS, 29 Julai 2020 — Tentera penjajah Zionis hari ini menyerbu bandar Kafr ‘Aqab dan kem pelarian Qalandia di utara kota Baitulmaqdis, menyerang penduduk dengan tembakan gas pemedih mata dan peluru bersalut getah.

Gerombolan besar tentera Zionis menyekat penduduk dan kenderaan Palestin di jalanan, mengganggu pergerakan penduduk. Mereka turut merampas beberapa buah kenderaan.

Kumpulan-kumpulan pemuda Palestin bertempur menghalang serangan provokatif tentera Zionis itu. Sebilangan penduduk cedera sesak nafas dan dirawat di tempat kejadian.

(Palinfo)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts