Penduduk Kifl Hares Dikenakan Perintah Berkurung

SALFIT, 18 Dis 2017 — Tentera penjajah Zionis menyerbu bandar Kifl Hares di utara Salfit malam tadi, dan mengerah pasukan ke seluruh jalan-jalan bagi memberi laluan kepada pendatang Yahudi masuk melakukan ritual di tapak-tapak bersejarah Islam.

Pihak tentera menutup semua laluan masuk ke bandar tersebut, dengan memasang sekatan dan membuat pengumuman perintah berkurung menggunakan pembesar suara.

Pendatang Yahudi termasuk rabbi yang menaiki bas menyerbu bandar Kifl Hares dari jam 10:00 malam hingga awal pagi.

(PIC)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts