Penduduk Nablus Ditembak Tentera Selepas Diserang Pendatang Yahudi

nablusNABLUS, 4 Nov 2015 (Maan) — Sekurang-kurangnya 14 orang cedera ditembak dengan peluru bersalut getah oleh tentera Zionis dalam pertempuran di perkampungan Qasra di Nablus, selepas pendatang Yahudi menceroboh kawasan tersebut untuk menyerang penduduk.

Pertempuran tercetus apabila tentera bertindak ke atas pertengkaran di antara pendatang Yahudi dan penduduk kampung.

Pendatang cuba menyerang bahagian timur kampung tersebut, tetapi dihalang oleh penduduk yang memaksa mereka berundur, sebelum tentera tiba.

Dua penduduk Palestin yang tercedra dibawa ke Hospital Rafidia, manakala lebih 20 yang lain mengalami sesak nafas.

Keganasan pendatang Yahudi semakin meningkat sejak awal Oktober apabila dua orang pendatang ditembak di selatan Nablus. Akhir Julai lalu, mereka membakar sebuah rumah penduduk Palestin di perkampungan Duma di Nablus, sekaligus membakar hidup-hidup bayi berumur lapan bulan. Ibu dan bapa bayi tersebut juga meninggal dunia ketika dalam rawatan di hospital.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts