Penduduk Palestin al-Quds tanggung kos selenggara jalan, walaupun bayar cukai kepada rejim Zionis

AL-QUDS, 21 Apr 2016 (MEMO) — Penduduk Palestin di kejiranan Ras Khamis di al-Quds Timur yang terjajah terpaksa menanggung segala kos membaiki jalan sungguhpun mereka dikenakan membayar cukai kepada pihak bandaran yang dikuasai oleh rejim Zionis.

Penduduk di sini diabaikan oleh pihak perbandaran sejak 10 tahun lalu, apabila pihak rejim membina Tembok Pemisah untuk meluaskan kawasan tanah Palestin yang dirampas. Mereka juga tidak mendapat bekalan air yang cukup dan khidmat kutipan sampah serta perkhidmatan dan kemudahan lain.

Menurut undang-undang, penduduk di sini berhak mendapat semua perkhidmatan dan infrastruktur.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts