Penduduk Palestin berjaya halang pendatang Yahudi bina pos penempatan haram d Ramallah

RAMALLAH, 9 Sep 2020 — Puluhan penduduk Palestin berjaya menggagalkan cubaan pendatang Yahudi untuk merampas tanah bagi membina sebuah pos penempatan haram di perkampungan Kufr Malik di timur Ramallah, malam semalam.

Segerombolan besar pendatang Yahudi menceroboh masuk kawasan terbabit dan mula membina karavan, namun penduduk segera berkerah ke lokasi dan menghalang mereka. Para penceroboh akhirnya terpaksa berundur.

Pasukan tentera Zionis cuba melindungi pendatang Yahudi dan menyerang penduduk Palestin, bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan.

Sementara itu, segerombolan lain pendatang Yahudi mencabut dan mencuri 45 anak pokok zaitun milin penduduk Palestin di perkampungan Tormos-Ayya, di timur laut Ramallah.

(IMEMC)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts