Penduduk Palestin berjumlah 4.95 juta orang

RAMALLAH, 11 Julai 2017 (MEMO) — Laporan rasmi Biro Statistik Pusat Palestin menyebut bahawa jumlah penduduk Palestin di Tebing Barat dan Gaza sehingga pertengahan tahun 2017 berjumlah 4.95 juta orang.

Anggaran jumlah penduduk di Tebing Barat adalah 3.01 juta orang, termasuk 1.53 juta lelaki dan 1.48 juta perempuan. Jumlah kanak-kanak mencapai 38.9%.

Kepadatan penduduk di Tebing Barat adalah 532 orang setiap satu kilometer persegi, manakala di Gaza seramai 5,324 orang.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts