Penduduk Palestin bersolat di pintu-pintu masuk, bantah penutupan al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 27 Julai 2018 — Puluhan penduduk Palestin mendirikan solat Asar berdekatan Pintu al-Asbat apabila polis Zionis menutup Masjid al-Aqsa susulan insiden serangan ke atas para jemaah dalam masjid suci itu selepas solat Jumaat tengahari tadi.

Polis Zionis menyerang penjaga masjid dan menguci pintu-pintu Masjid al-Qibly dan Kubah as-Shakhra’ dengan rantai besi, sementara lebih ramai anggota mereka dikerah masuk ke perkarangan al-Agsa melalui Pintu al-Silsila.

Dalam kejadian tengahari tadi seramai 50 ahli jemaah cedera, kebanyakannya dirawat di lokasi. Sementara 20 orang ahli jemaah ditangkap.

Pengurus Masjid al-Aqsa, Sheih Omar al-Kiswani, dalam kenyataan beliau selepas solat Asar menegaskan bahawa penduduk akan mengadakan bantahan dan solat di pintu-pintu masuk masjid sehinggalah pihak rejim membuka semula tapak suci itu, sebagaimana mereka telah lakukannya ketika membantah pemasangan pintu pengesan logam pada tahun lalu.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts