Penduduk Palestin cedera dalam pertempuran di Masjid al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 21 Mei 2018 — Sebilangan penduduk Palestin cedera dalam pertempuran di Pintu al-Amoud, laluan masuk ke Masjid al-Aqsa, malam tadi.

Pasukan keselamatan Zionis menghasut penduduk Palestin yang berkumpul di Pintu al-Amoud setelah selesai menunaikan solat Terawih, dan cuba memaksa mereka bersurai. Polis Zionis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan bom pelali tanpa menghiraukan kanak-kanak dan wanita yang berada di situ.

Serangan tersebut mencetus pertempuran, di mana ramai penduduk mengalami sesak nafas.

Plos Zionis kemudian mengosongkan kawasan kejadian, menutupkan dengan pagar besi dan sekatan tentera.

(PIC)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts