Penduduk Palestin cedera dan diculik dalam operasi besar-besaran tentera Zionis di Tebing Barat

RAMALLAH, 5 Jun 2016 (PIC) — Beberapa orang penduduk Palestin tercedera dan diculik dalam operasi secara besar-besaran tentera Zionis di seluruh Tebing Barat awal pagi tadi.

Di al-Khalil, pasukan peronda tentera menyerang masuk bandar Sa’ir dan kem pelarian Arroub. Tiga penduduk diculik, termasuk Younes al-Kawazba, 55.

Tentera memecah masuk dan menggeledah rumah Youbes sebelum menculik dan mengheret beliau ke lokasi yang tidak dikenal pasti. Beliau yang menghidap masalah kencing manis dan tekanan darah tinggi baharu selesai menjalani pembedahan. Anaknya Ahmad telah dibunuh oleh tentera ZIonis pada 4 Januari lalu atas tuduhan menikam Yahudi.

Seorang lagi warga emas Muhammad Khalil Hussein, 76, turut diculik.

Sementara itu pertempuran terceuts di perkampungan Safa di barat Ramallah apabila tentera Zionis menyerang masuk kawasan tersebut. Lima pemuda terkena tembakan peluru hidup. Tentera turut melepaskan tembakan gas pemedih mata ke dalam rumah-rumah penduduk, di mana dua orang cedera terkena serpihan kaca.

Sepasukan lagi tentera menyerang bandar Nahalin di barat Beit Lahm dan memecah masuk rumah penduduk sebelum menculik Salman Issa al-Hroub di bandar Wadi Fukin. Seorang remaja turut diculik dari rumahnya di badar tersebut.

Dua lagi pemuda Palestin diculik di kota Tubas.

Terdahulu pada malam Ahad, Abdullah al-Kassas diculik dari kem pelarian Fawr di al-Khalil.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts