Penduduk Palestin cedera diserang pendatang Yahudi

NABLUS, 17 Julai 2018 — Sebilangan penduduk Palestin cedera diserang oleh lebih 30 pendatang Yahudi di perkampungan Assira al-Qibliya di selatan Nablus.

Gerombolan pendatang dari kawasan penempatan haram Yitzhar menceroboh masuk perkampungan tersebut dengan dilindungi oleh pasukan tentera Zionis, dan membaling batu ke arah rumah dan kenderaan penduduk Palestin.

Mereka turut membakar kebun zaitun milik penduduk di situ.

Pertempuran tercetus di antara penceroboh dan keluarga-keluarga mangsa sebelum tentera Zionis melepaskan tembakan peluru hidup dan gas pemedih mata.

(PIC, IMEMC, WAFA)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts