Penduduk Palestin cedera diserang pendatang Yahudi

AL-KHALIL, 28 Sep 2020 — Seorang penduduk Palestin cedera dan dikejarkan ke hospital selepas beliau dan keluarganya diserang oleh segerombolan pendatang Yahudi di perkampungan Lasefer dalam kawasan Masafer Yatta di selatan kota al-Khalil.

Ketika kejadian, Othman Qbeita bersama keluarganya sedang menternak haiwan di tanah kebun mereka dan segerombolan pendatang Yahudi dari kawasan penempatan haram “Jacob Talia” masuk memukul beliau. Susulan serangan, tentera Zionis mengisytiharkan kawasan tersebut sebagai zon larangan dan menghalang penduduk Palestin memasukinya untuk tempoh 24 jam.

Semalam, beberapa pendatang Yahudi dari Jacob Talia menyerang ahli keluarga Abu Qbeita dan menghalau keluarga tersebut keluar dari kebun mereka.

Perkampungan Lasefer terkepung sepenuhnya oleh Tembok Pemisah Zionis, di mana penduduk tidak ada laluan keluar kecuali melalui sekatan tentera Zionis. Tanah mereka turut menjadi sasaran rampasan oleh rejim Zionis dan pendatang Yahudi.

Keluarga Abu Qbeita dihalang memasuki kebun mereka itu sejak lebih empat tahun. Minggu lalu, mereka berjaya mendapatkan permit daripada tentera Zionis untuk memasuki sebahagian daripada kawasan kebun tersebut setelah beberapa kali melalui perbicaraan di mahkamah.

(IMEMC)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts